Pendidikan Awal Kanak-Kanak...

Kepentingan berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak semakin mendapat perhatian umum dan buktinya di dalam RMK10 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ada menyentuh tentang sasaran penyertaan kanak-kanak berumur antara empat dan lima tahun di peringkat prasekolah akan ditingkatkan daripada 67 peratus pada 2010 kepada 87 peratus pada 2012. Ikuti laporan selanjutnya di bawah ini, sumber dari http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=504934
Permata Jadi Agenda Nasional Pendidikan Awal Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Pendidikan awal kanak-kanak akan menjadi agenda penting nasional melalui program Permata, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.Beliau berkata anak-anak adalah harta dan warisan paling berharga kepada manusia, dan mereka adalah masa depan negara."Adalah menjadi komitmen kerajaan untuk memberikan aset negara ini segala kelebihan untuk mereka berjaya dalam hidup kemudian hari yang penuh persaingan dan cabaran. Pelaburan terhadap mereka adalah pelaburan terhadap masa depan negara," katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) di Dewan Rakyat pada Khamis.
Program Permata adalah satu usaha kerajaan untuk mendidik kanak-kanak di bawah umur lima tahun, dan sistem itu diperluaskan di 457 pusat jagaan kanak-kanak dan sehingga kini berjaya mendidik 17,565 kanak-kanak.Najib juga berkata dianggarkan terdapat sekurang-kurangnya 900 orang pintar cerdas dari kalangan kanak-kanak di Malaysia.Mengikut kajian pakar, secara amnya akan terdapat seorang yang pintar cerdas dari kalangan 10,000 kanak-kanak dan mengikut statistik 2007, jumlah kanak-kanak di bawah 14 tahun di Malaysia adalah seramai 8.9 juta.
Dalam pembetangan itu juga, Najib berkata penyertaan kanak-kanak berumur antara empat dan lima tahun di peringkat prasekolah akan ditingkatkan daripada 67 peratus pada 2010 kepada 87 peratus pada 2012.Sasaran itu akan dicapai melalui penambahan kelas prasekolah di sekolah rendah kerajaan dan mengalakkan sektor swasta menyediakan pendidikan prasekolah, katanya."Insentif RM10,000 akan diberi kepada sektor swasta yang menubuhkan institusi prasekolah swasta," katanya.
Najib berkata kerajaan juga sedang menimbang untuk mengurangkan umur prasekolahan formal daripada enam kepada lima tahun pada akhir tempoh RMK-10 tertakluk kepada kemampuan kerajaan."Langkah itu akan meningkatkan akses kepada pendidikan formal ke arah memperkasakan pembangunan awal kanak-kanak," katanya.

0 comments:

Post a Comment