Sambutan Hari Graduasi Murid Prasekolah 2010

Murid Terbaik Prasekolah 2010 - Adik Nur Aisyah Bt. Azmil Omar

Penerima-Penerima Sijil Tamat Prasekolah 2010











Pada 11 November 2010 (Khamis) telah diadakan Hari Graduasi Murid-Murid Prasekolah. Pada hari tersebut seramai 25 orang murid prasekolah telah menerima Sijil Tamat Prasekolah bagi tahun 2010. Pada hari tersebut juga murid-murid prasekolah tidak ketinggalan membuat persembahan tarian Joget Sayang di Sayang dan Joget Kain Songket. Tahniah diucapkan kepada murid-murid Prasekolah Cergas pada tahun ini. Semoga ilmu yang telah diperolehi sepanjang pembelajaran di prasekolah dapat dimanfaatkan sebagai persediaan di Tahun 1 kelak....:)

Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan

Sempena penutup bulan kemerdekaan peringkat sekolah yang telah berlangsung pada 30 September 2010 yang lalu, murid-murid prasekolah juga tidak ketinggalan terlibat di dalam beberapa acara pada hari tersebut.


Murid-murid prasekolah membuat persembahan Tarian Tradisional (Joget & Inang)



Murid-murid prasekolah yang menyertai Pertandingan Pakaian Beragam berkonsepkan 1 Malaysia....

Sambutan Aidil Fitri.....

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan....1 Malaysia Menjana Transformasi


Kepada Seluruh Rakyat Malaysia diucapkan "Selamat Hari Merdeka"...
Semoga kemakmuran dan keharmonian yang dikecapi hari ini akan diteruskan oleh generasi akan datang.
Sila layari laman web ini untuk maklumat lanjut mengenai kemerdekaan Malaysia....http://www.malaysiamerdeka.gov.my/index_bm.php

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan....

Kepada Seluruh Umat Islam diucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan...

Selamat Hari Jadi....




Selamat Hari Jadi diucapkan kepada adik Al-Nazirul Mubin B. Azman Zahari yang telah menyambut hari jadinya pada 19 Julai dan adik Nurizz Jeha Bt. Abdul Wahed yang juga menyambut hari jadinya pada 22 Julai yang lalu. Happy Birthday to Mubin and Jeha....!


Mini Perkhemahan

" MINI PERKHEMAHAN "

Mini perkhemahan yang disertai oleh murid-murid prasekolah cergas ini telah menimbulkan semangat kerjasama di kalangan murid semasa pemasangan khemah ini. Kelihatan di wajah mereka sangat seronok sepanjang aktiviti ini dijalankan dan murid tidak sabar-sabar menunggu khemah ini siap dipasang untuk merasai sendiri suasana berada di dalam khemah...

SEMINAR MENJANA KUASA MINDA DAN KECEMERLANGAN KANAK-KANAK


SEMINAR MENJANA KUASA MINDA DAN KECEMERLANGAN KANAK-KANAK
Tarikh : 19 Jun 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna,
Kolej Islam Darul Ridzuan,
Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak
Seminar ini telah berlangsung pada 19 Jun yang lalu dan merupakan anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Chandan dengan kerjasama Baiduri DUN Bukit Chandan serta Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar, KEMAS, Jabatan Agama Islam Daerah dan Jabatan Perpaduan.
Banyak maklumat yang berkaitan dengan perkembangan sosioemosi kanak-kanak, kecelaruan yang mungkin berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 1-6 tahun serta maklumat berkaitan dengan caragaya keibubapaan di dalam mendidik anak telah diperolehi melalui ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan di dalam seminar itu iaitu Y. Bhg. Dr. Fauzi Bt. Ismail.

Pakar Kanak-kanak: Anak berdengkur

DENGKURAN kanak-kanak mungkin kedengaran ‘comel’ atau lucu tetapi tabiat berdengkur di kalangan kanak-kanak boleh menyumbang kepada pelbagai masalah daripada kencing malam kepada kelembapan belajar di dalam bilik darjah.

Memang ramai kanak-kanak berdengkur yang membabitkan antara tiga hingga 12 peratus kanak-kanak prasekolah. Walaupun berdengkur, tetapi secara umumnya kebanyakan kanak-kanak ini sihat dan tidak mengalami gejala lain. Kajian menunjukkan masalah berdengkur membabitkan 11 hingga 12 peratus kanak-kanak di seluruh dunia berumur antara satu hingga sembilan tahun. Kanak-kanak berdengkur sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu dan bunyinya cukup kuat untuk disedari ibu bapa. Namun dianggarkan dua peratus daripada kanak-kanak yang berdengkur ini mengalami masalah kerap terjaga ketika tidur (apnea tidur); iaitu satu keadaan yang dianggap antara penyumbang penting kepada masalah kelakuan di kalangan kanak-kanak. Bagaimana untuk mengetahui sama ada dengkuran anak anda adalah dengkuran biasa atau apnea tidur? Kanak-kanak yang berdengkur dan tidak mengalami apnea tidur sepatutnya sihat, cergas, tidak mengantuk pada siang hari dan mempunyai corak tidur yang normal. Sebaliknya apnea tidur menyebabkan tidur anak anda terganggu — nafasnya terhenti, mendengus atau tercungap ketika tidur. Kanak-kanak yang ada masalah ini mungkin mengalami masalah tingkah laku, mengantuk pada siang hari dan sukar menumpukan perhatian di dalam bilik darjah.
Punca
Dengkuran pada kanak-kanak boleh disebabkan tiga perkara iaitu:
1) Bentuk anatomi — seperti rahang mulut yang kecil atau kanak-kanak berkenaan dilahirkan dengan saluran pernafasan yang kecil.

2) Otot dan saraf yang mengawal otot pada saluran pernafasan tidak bergerak seiringan ketika tidur dan menyebabkan saluran pernafasan tidak terbuka sepenuhnya.

3) Tonsil dan adenoid bengkak (punca paling lazim)
Mengapa ibu bapa perlu risau jika anak mereka berdengkur?
Dengkuran boleh menjejaskan kualiti tidur anak anda dan lain-lain keadaan yang membabitkan otak dan jantung. Malangnya ada ibu bapa tidak kisah anak mereka berdengkur, malah ‘bangga’ kerana anak mereka ‘seperti orang dewasa kecil yang berdengkur seperti ahli keluarga’. Dengkuran pada kanak-kanak bukan perkara lucu. Ia menandakan kanak-kanak berkenaan mempunyai masalah dan dengkuran mereka perlu diperiksa.

Bagaimana dengkuran pada kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa?
Prinsip dengkur pada kanak-kanak hampir sama dengan orang dewasa. Dengkuran adalah bunyi pernafasan yang kuat disebabkan getaran udara yang memasuki saluran pernafasan atas. Secara umumnya ia hanya bunyi. Namun ia juga menandakan adanya rintangan pada saluran pernafasan atas yang bermakna rintangan udara untuk melalui saluran ini adalah tinggi. Ketika tidur, otot juga berehat sedikit dan ia menyebabkan saluran udara menjadi kecil dan sempit. Namun jumlah udara yang masuk adalah sama, sama ada ketika tidur atau jaga. Berdengkur juga boleh menjadi petanda kepada masalah lebih serius seperti apnea tidur atau sindrom rintangan saluran pernafasan atas. Kira-kira tiga peratus kanak-kanak berumur satu hingga sembilan tahun mengalami masalah ini yang boleh menyebabkan pelbagai keadaan lain.
Perbezaan antara apnea tidur dan sindrom rintangan saluran pernafasan atas
Kanak-kanak yang ada masalah sindrom rintangan saluran pernafasan atas kadangkala terjaga kerana dengkuran terlalu kuat atau dengkuran itu menggunakan banyak tenaga mereka. Namun tahap oksigen dan karbon dioksida dalam darah atau tisu kanak-kanak ini tetap sama seperti orang lain. Bagi apnea tidur, saluran pernafasan ini kadangkala ‘runtuh’ sehingga menutup saluran pernafasan dan tidak terbuka. Kanak-kanak biasanya terpaksa ‘berjuang’ untuk bernafas kerana udara tidak masuk. Akibatnya paras gas oksigen berkurang dan karbon dioksida meningkat yang menyebabkan kanak-kanak terjaga untuk bernafas. Ada kanak-kanak yang terjaga 500 hingga 600 kali semalam hanya untuk bernafas dan kembali tidur.
Adakah dengkuran yang kronik pada kanak-kanak berbahaya?
Pakar kesihatan tidak pasti mengenai perkara ini. Berdengkur bukan perkara normal tetapi ia tidak semestinya memerlukan rawatan. Yang pasti, jika anak anda kerap terjaga malam kerana berdengkur, ia menunjukkan dia mengalami masalah apnea tidur atau sindrom rintangan saluran pernafasan yang perlu dirawat.
Risiko apnea tidur
Obesiti adalah faktor risiko paling utama. Jika anda baring dan banyak lemak pada leher, ia menambah tekanan pada tisu yang sudah berehat dan membuatkan saluran pernafasan menjadi lebih kecil. Kanak-kanak dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai risiko apnea tidur mempunyai risiko lebih tinggi. Selain itu kanak-kanak Sindrom Down, ada masalah hipotonia (otot lemah) dan mengalami penyakit neuromuskular lebih berisiko tinggi mendapat apnea tidur berbanding kanak-kanak lain. Pada kanak-kanak alahan, lapisan dalaman hidung akan membengkak menyebabkan adenoid membesar, menyempitkan saluran udara dan menyukarkan mereka bernafas melalui hidung. Sesetengah kanak-kanak asma mengalami masalah ini. Dua masalah boleh berlaku serentak walaupun mempunyai mekanisma berbeza. Bagaimanapun, kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa perokok juga berisiko tinggi untuk berdengkur.
Kesan berdengkur
Dengkur boleh mendatangkan kesan jangka pendek yang menyebabkan anak anda berasa letih selepas bangun tidur. Daya tumpuannya terhad, sukar menumpukan perhatian, berasa resah gelisah pada waktu pagi dan kerap mengantuk. Mereka juga mungkin kencing di tilam kerana bagi mereka yang lebih penting ialah keinginan untuk tidur. Ada juga kanak-kanak yang bermimpi buruk. Oleh kerana tidur mereka terganggu, kanak-kanak ini sukar menumpukan perhatian di dalam bilik darjah seolah-olah seperti kanak-kanak yang alami gangguan tumpuan dan hiperaktif. Contohnya kanak-kanak yang melawan rasa mengantuk akan berkelakuan hiperaktif, mula mengacau orang lain dan akhirnya meragam. Keesokan harinya, kanak-kanak ini sukar menumpukan perhatian dan duduk diam di dalam bilik darjah. Jika diberi rawatan, masalah hiperaktif ini akan hilang. Apnea tidur juga menjejaskan pelajaran. Jika tidak cukup tidur, otak tidak mendapat cukup oksigen dan anak anda kehilangan sel otaknya. Dalam tempoh pembangunan minda, keupayaan kognitif kanak-kanak ini akan terjejas. Dalam kajian beberapa tahun lalu mendapati kanak-kanak yang tidak cukup tidur kurang cemerlang di sekolah. Kajian juga mengesahkan kesan kekurangan tidur ini boleh berlarutan sepanjang hayat kerana IQ kanak-kanak menjadi rendah. Selain itu paras oksigen rendah juga boleh memberi kesan kepada sistem saraf dan menyebabkan tekanan pada jantung. Lama kelamaan ia mengubah tekanan darah sehingga membuatkan kanak-kanak mengalami tekanan darah tinggi. Pada orang dewasa, keadaan biasanya lebih serius. Kekurangan tidur juga boleh mempengaruhi tabiat makan seseorang. Jika kurang tidur, anda cenderung untuk makan lebih banyak keesokan harinya (terutama makanan mengandungi banyak lemak dan gula). Jika penat dan tidak bersenam, anda menjadi lebih gemuk dan menyebabkan masalah apnea tidur lebih serius. Ini akhirnya menjadi perangsang kepada masalah kolesterol tinggi, kencing manis dan risiko sakit jantung pada usia yang lebih muda.
Rawatan
Rawatan untuk kanak-kanak berbeza sedikit daripada orang dewasa. Pada orang dewasa, oleh kerana masalah dengkur disebabkan obesiti, rawatan menggunakan mesin CPAP (tekanan saluran udara positif berlarutan) boleh membantu. Oleh kerana masalah dengkur kanak-kanak berpunca daripada tonsil dan adenoid yang besar, rawatan terbaik ialah menghantar mereka berjumpa pakar bedah telinga, hidung dan tekak. Kira-kira 85 hingga 90 peratus kes berjaya diselesaikan. Bagaimanapun masalah ini boleh berulang semula apabila mereka dewasa. Kanak-kanak yang jalani pembedahan akan dipantau 24 jam di hospital. Jika pembedahan tidak berjaya (10 peratus terutama pada kanak-kanak obes), mereka boleh diberi rawatan CPAP atau BIPAP (tekanan positif saluran pernafasan dua paras).
Sumber daripada:

Pendidikan Awal Kanak-Kanak...

Kepentingan berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak semakin mendapat perhatian umum dan buktinya di dalam RMK10 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ada menyentuh tentang sasaran penyertaan kanak-kanak berumur antara empat dan lima tahun di peringkat prasekolah akan ditingkatkan daripada 67 peratus pada 2010 kepada 87 peratus pada 2012. Ikuti laporan selanjutnya di bawah ini, sumber dari http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=504934
Permata Jadi Agenda Nasional Pendidikan Awal Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Pendidikan awal kanak-kanak akan menjadi agenda penting nasional melalui program Permata, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.Beliau berkata anak-anak adalah harta dan warisan paling berharga kepada manusia, dan mereka adalah masa depan negara."Adalah menjadi komitmen kerajaan untuk memberikan aset negara ini segala kelebihan untuk mereka berjaya dalam hidup kemudian hari yang penuh persaingan dan cabaran. Pelaburan terhadap mereka adalah pelaburan terhadap masa depan negara," katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) di Dewan Rakyat pada Khamis.
Program Permata adalah satu usaha kerajaan untuk mendidik kanak-kanak di bawah umur lima tahun, dan sistem itu diperluaskan di 457 pusat jagaan kanak-kanak dan sehingga kini berjaya mendidik 17,565 kanak-kanak.Najib juga berkata dianggarkan terdapat sekurang-kurangnya 900 orang pintar cerdas dari kalangan kanak-kanak di Malaysia.Mengikut kajian pakar, secara amnya akan terdapat seorang yang pintar cerdas dari kalangan 10,000 kanak-kanak dan mengikut statistik 2007, jumlah kanak-kanak di bawah 14 tahun di Malaysia adalah seramai 8.9 juta.
Dalam pembetangan itu juga, Najib berkata penyertaan kanak-kanak berumur antara empat dan lima tahun di peringkat prasekolah akan ditingkatkan daripada 67 peratus pada 2010 kepada 87 peratus pada 2012.Sasaran itu akan dicapai melalui penambahan kelas prasekolah di sekolah rendah kerajaan dan mengalakkan sektor swasta menyediakan pendidikan prasekolah, katanya."Insentif RM10,000 akan diberi kepada sektor swasta yang menubuhkan institusi prasekolah swasta," katanya.
Najib berkata kerajaan juga sedang menimbang untuk mengurangkan umur prasekolahan formal daripada enam kepada lima tahun pada akhir tempoh RMK-10 tertakluk kepada kemampuan kerajaan."Langkah itu akan meningkatkan akses kepada pendidikan formal ke arah memperkasakan pembangunan awal kanak-kanak," katanya.

Happy Father's Day


Selamat Hari Guru, Cikgu....!


I Love My Mother...

Kad Istimewa Buat Ibu....


Sempena sambutan Hari Ibu ini, anak-anak didik saya tidak melepaskan peluang untuk menghadiahkan kad istimewa buat ibu mereka. Bersungguh-sungguh mereka menyiapkan kad istimewa ini khusus untuk ibu mereka yang tercinta....

Selamat Hari Ibu....

Kepada insan-insan yang bergelar ibu, "SELAMAT HARI IBU".

Hayatilah klip video ini...sebuah kisah seorang anak dan seorang ibu, dan satu alunan muzik yang menyentuh jiwa....

Preschool Portfolio Ideas

Preschool programs often include lots of hands-on activities that allow the kids to explore concepts. A portfolio is an effective way to capture the learning that takes place through the classroom activities. A variety of samples give a well-rounded view of how each preschool student progresses through the school year.

Child-Decorated Binder
A three-ring binder works for the preschool portfolio. The binders come in a variety of sizes so you can easily accommodate all that you want to include. Plastic sleeves that go into binders work well for holding student work. Let the kids personalize the front of their binders using paint, markers, stickers and other crafts.


Student-Created Samples
Choose examples of student work that shows their understanding of different concepts. For example, if you're working on sorting, divide a piece of paper in half. Give the kids images that go in two different categories. You might have living and nonliving objects as the two categories. The kids glue each item into the correct category to show their understanding of sorting. Include a note next to each student artifact that explains the objective of the task. You also can include your notes based on observations of the student during the task.


Checklists
Create checklists for observations such as social skills, fine motor skills, physical development, language skills, pre-reading skills, counting and other concepts. Look at your preschool curriculum when deciding on the skills to include. Fill out the checklists for each student at least two times a year, once at the beginning and once at the end of the school year. Include notes when relevant to expand on the information in the checklists.


Monthly Project
Have the students perform the same task each month to show how the child develops. Have each child draw a picture of himself. Start with the first week of preschool. Each month thereafter, have the students again draw a picture of themselves. Date each picture so they stay in the correct order. Compare the differences in the images each month to see how the children grow. In the beginning, they may simply draw a few dots for eyes and a line for a mouth. By the end of the year, the child might draw a circle around the facial features and include a body or other details.


Photos
Photos work well for hands-on activities that don't produce a concrete artifact that will fit into a portfolio. Photograph the kids as they perform the tasks. Include information in the captions about the project and how the kids did. The photos also show the physical changes in the kids from the beginning to the end of the school year, making the portfolio more personal and interesting to the families.


Source from : http://www.ehow.co.uk/list_6197616_preschool-portfolio-ideas.html

PENYEDIAAN PORTFOLIO MURID-MURID PRASEKOLAH


Adalah menjadi salah satu daripada tugas guru prasekolah untuk membuat penilaian kepada setiap perkembangan kemajuan pembelajaran murid-murid prasekolah. Salah satu daripada penilaian dan pentaksiran yang boleh dijalankan adalah melalui penyimpanan maklumat dalam portfolio. Namun, sejauhmanakah guru-guru prasekolah melaksanakan penyediaan portfolio murid-murid prasekolah?

Kajian oleh Lihanna Borhan (2003) daripada Universiti Malaya tentang penilaian autentik dalam pendidikan awal kanak-kanak melalui portfolio ada menyatakan bahawa portfolio merupakan satu koleksi hasil kerja kanak-kanak yang sengaja dikumpulkan untuk menunjukkan kepada pelajar itu, dan juga orang lain, usaha dan kemajuannya dalam satu bidang tertentu atau dalam semua bidang (Arter & Spandel, 1992). Jelasnya, ia suatu rekod mengenai proses pembelajaran kanak-kanak. Hasil kerja kanak-kanak yang terpilih dikumpulkan secara sistematik bagi setiap kanak-kanak dalam satu jangkamasa tertentu(Anzanio dll., 1995). Namun ia bukan sekadar pengumpulan semua hasil kerja kanak-kanak,tetapi merupakan sampel hasil kerja di mana setiap item yang dimasukkan di dalam portfolio itu mempunyai tujuan dan nilai tersendiri dalam membuat penilaian terhadap perkembangankanak-kanak itu. Maka amalan menyimpan semua hasil kerja pelajar di dalam sebuah folder yang kemudiannya dikembalikan kepada ibu bapa selepas satu tempoh tertentu seperti yang dilakukan oleh banyak TADIKA tidak menepati pengisian dan tujuan portfolio. Portfolio bukan sekadar pengumpulan hasil kerja untuk menunjukkan kepada ibu bapa inilah yang dilakukan oleh anak mereka selama bersekolah itu, tetapi ia merupakan dokumentasi terpilih mengenai perkembangan dan pencapaian kanak-kanak tersebut. Untuk itu, portfolio perlulah mempunyai ciri berikut: berkait secara langsung dengan objektif pengajaran, merupakan sistem penilaian berterusan, bukan merupakan dokumen yang dikeluarkan oleh guru semata-mata, dan akhir sekali berasaskan kepada perlakuan murid yang menekankan pembelajaran bermakna (Hanson & Gilkerson, 1999). Portfolio mempunyai tujuan tersendiri iaitu untuk memahami dan menjelaskan hasil kerja kanak-kanak dan untuk berkomunikasi dengan ibubapa dan kanak-kanak itu sendiri mengenai kerja mereka (Arter & Paulson, 1991). Portfolio juga bertujuan untuk memotivasikan pelajar dan meningkatkan pembelajaran mereka melalui refleksi dan penilaian mereka sendiri terhadap kerja mereka, dan ia juga digunakan untuk menilai proses pemikiran kanak-kanak (Murphy & Smith, 1990). Ia menepati kerangka penilaian autentik kerana ia menilai pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak melalui tingkahlaku dan hasil kerja mereka dalam suasana bilik darjah seharian. Di samping itu, portfolio tidak bercanggah dengan garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan (Bredekamp, 1987). Ia merupakan penilaian bercorak individu. Ia melihat perkembangan dan pembelajaran dalam konteks yang lebih menyeluruh dan tidak menekankan satu-satu aspek perkembangan tertentu sahaja. Ia juga melihat prestasi kanak-kanak dalam aktiviti seharian dan tidak meletakkan kanak-kanak dalam suasana yang berpotensi memberi tekanan dan mengganggu prestasi mereka seperti mana ujian. Portfolio merekodkan perkembangan dan pencapaian kejayaan kanak-kanak, bukan kegagalan (Katz, 1997; Meisels, 1995).

Manakala kajian oleh Surayah Zaidon tentang portfolio kanak-kanak prasekolah menyatakan Portfolio Kanak-kanak Prasekolah merupakan satu dokumentasi penting yang dapat menceritakan dan memerihalkan perkembangan kanak-kanak sepanjang mengikuti program prasekolah. Oleh sebab itu portfolio seharusnya digunakan sepenuhnya dalam menilai perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak. Namun, didapati pelaksanaannya sekadar sebagai satu fail untuk mengumpul hasil kerja kanak-kanak. Ini merupakan satu kerugian yang besar bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga keseluruhan pelaksanaan program prasekolah. Pelaksanaan portfolio yang bertepatan adalah penting bagi menjamin perkembangan kanak-kanak dinilai dengan berkesan dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut, sila klik link ini :
http://myais.fsktm.um.edu.my/5107/1/2.pdf
http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/surayahzaidon.pdf

Aktiviti Sepanjang Bulan Mac-Apr 2010

Program "Marilah Membaca" Fasa 1 (Jan-Apr) 2010




Prasekolah Cergas telah menjalankan Program "Marilah Membaca" Fasa 1 daripada bulan Januari - April 2010. Program ini sebagai salah satu daripada usaha untuk memupuk minat murid untuk membaca selain menggalakkan murid untuk menguasai kemahiran membaca. Kepentingan membaca perlu dipupuk sejak kanak-kanak lagi, ini kerana masa depan buku terletak pada kanak-kanak hari ini seperti laporan Hafizahril Hamid. (2010, Mac 28). Masa depan buku terletak pada kanak-kanak hari ini. Utusan Malaysia. Laporan beliau ini adalah bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ke-29 pada tahun ini.

Sila klik link ini untuk maklumat lanjut, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0328&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_12.htm


Selamat Hari Jadi....adik Nurul Aqilah Bt. Kamalul Baharin



Warga Prasekolah Cergas mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada adik Nurul Aqilah Bt. Kamalul Baharin yang menyambut hari jadinya pada 2 April yang lalu. Cikgu doakan semoga Aqilah menjadi insan yang berjaya apabila dewasa kelak...Happy Birthday, Aqilah...!

Menu Sihat (Modul Bertema : Makanan)

Ini antara contoh foto-foto untuk menu sihat yang boleh diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran...Selamat Mengajar, Cikgu...!





Memori Bersama Anak-Anak Didik Prasekolah Cergas 2005 - 2010

TEMASYA SUKAN KALI KE-27 (11 MAC 2010)

Pada 11 Mac 2010 yang lalu, murid-murid prasekolah telah menyertai Temasya Sukan Sekolah Kali Ke-27. Murid-murid prasekolah telah menyertai acara perbarisan, persembahan "Chicken Dance" dan acara lari pecut 50M lelaki dan perempuan.

Berikut adalah senarai pemenang acara lari pecut 50M (Lelaki) :
1. Muhammad Hafizuddin B. Shukri
2. Muhammad Daniel B. Mohd. Akhir
3. Muhammad Nazir B. Omar

Pemenang acara lari pecut 50M (Perempuan) :
1. Nurizz Jeha Bt. Abdul Wahed
2. Umi Najla Waheeda Bt. mohd. Afzanizam
3. Aqashah Carmilla Bt. Zainul Amran

Tahniah! kepada murid-murid prasekolah yang telah memenangi acara tersebut....

Koleksi Foto Sempena Temasya Sukan Sekolah

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Kepada seluruh umat Islam, Selamat Menyambut Maulidur Rasul...